Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan di rumah adalah :

1. Pastikan mancis atau bahan pemetik api diletakkan di tempat yang tinggi agar tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

2. Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-sekurang 1 unit alat pengesan asap.

3. Pastikan pemegang periuk dan kuali diletakkan menghala ke bahagian dalam agar kanak-kanak tidak boleh mencapainya.

4. Peralatan rumah yang tajam hendaklah disimpan di tempat yang selamat serta jauh daripada kanak-kanak.

5. Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.

6. Pastikan penyambungan wayar tidak dibiarkan berselerak dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

7. Selepas merokok, pastikan rokok tersebut dibuang jauh daripada kanak-kanak.

8. Semasa menggunakan lilin, pastikan ianya jauh daripada bahan mudah terbakar contohnya selimut dan pastikan lilin ditutup atau dihadang daripada tiupan angin.

9. Sentiasa memeriksa keadaan dapur gas.

10. Sediakan peralatan bantuan kecemasan (first aid) di rumah.

11. Memasang penghadang bagi mengelakkan kanak-kanak bermain di dapur.

12. Alat penutup soket dipasang bagi mengelakkan kanak-kanak daripada terkena kejutan elektrik.

13. Perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.

14. Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan.

15. Bawa kanak-kanak ke hospital jika berlaku kecederaan.

SUMBER : GOOGLE

.